Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Anjing Menyalak 'Beritahu' Tuan Ada Bayi Menangis Dalam Kotak



Kuala Lumpur, 4 Sept - Salakan seekor anjing menyelamatkan seorang bayi yang ditinggalkan di dalam kotak dalam longkang di Jinjang Selatan dekat sini semalam.

Bayi lelaki itu dijumpai dalam keadaan masih bertali pusat kira-kira 11 pagi semalam oleh tuan anjing tersebut yang berusia 16 tahun yang tinggal berdekatan.

The Star melaporkan, selepas remaja itu melepaskan anjingnya ke luar kawasan rumah, anjingnya itu dilihat menyalak ke arah sesuatu.

"Saksi terdengar salakan anjing sebelum keluar rumah dan mengikutinya sebelum menemui kotak berisi bayi lelaki masih bertali pusat serta uri di dalam longkang yang terletak 10 meter dari rumahnya.

"Ketika dijumpai, bayi tanpa pakaian itu sedang menangis. Dia kemudiannya menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut," kata Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy sebagaimana lapor Harian Metro.

Bayi itu telah dihantar ke hospital Selayang.

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai bayi tersebut diminta menghubungi balai polis terdekat atau menelefon 03 4040-0781/782, kata ACP Munusamy.

Sumber : The StarHarian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli