Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Adik Ummul Najwa Nasuha Hembus Nafas Terakhir 2.40 Pagi Tadi


Ummul Najwa Nasuha Mohd Zulkifli, 4, yang menghidapi kanser rongga hidung telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.40 pagi tadi.

Kisah adik Najwa ini pernah kami muatnaik ke laman Facebook Siakap Keli bagi memohon bantuan orang ramai beriktan kesusahan yang membelenggu keluarga ini untuk mendapatkan rawatan untuknya.

Pos Terdahulu SINI

Anak tunggal suami isteri, Mohd Zulkifli Che Noh, 27, dan Siti Nor Fatihah Mohd, 22, ini telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Mohd Zulkifli berkata, Ummu Najwa Nasuha sebelum itu dimasukkan ke hospital kerana sukar untuk makan dan minum dengan sempurna.

"Dua bulan dia menderita kanser, dan awal pagi tadi Ummu Najwa Nasuha pergi dengan tenang. Kami sekeluarga reda.

"Jenazahnya akan disembahyangkan di rumah di Kampung Apa-Apa, Pasir Mas dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chat, Gelang Mas, Pasir Mas selepas Zohor," katanya dipetik laporan Harian Metro.

Ummul Najwa Nasuha menghidap kanser rongga hidung atau Naso-Pharyngeal Carcinoma selepas seminggu umat Islam menyambut Aidilfitiri, Julai lalu.

Sejak itu, kanak-kanak malang terbabit hanya terlantar di rumahnya dan mendapatkan rawatan alternatif selepas diberitahu peluang untuk hidup tinggal 50-50 jika menjalani pembedahan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 1 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli