Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

1.2 Juta Rakyat Malaysia Dikesan Tak Ada Lesen Memandu- JPJ


Padang Besar, 20 Sep: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan 1.2 juta rakyat di negara ini yang layak mendapat lesen memandu tetapi tidak mempunyai lesen tersebut.

Menuru Pengarah JPJ, Datuk Nadzri Siran, JPJ giat mengadakan kempen bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan memiliki lesen memandu yang sah serta akan memastikan mereka mendapat lesen tersebut.

"Belum dikenal pasti sama ada mereka ini langsung tidak mempunyai lesen kerana memang tidak mahu memandu, tidak memiliki kenderaan atau semata-mata bergantung kepada pengangkutan awam.

Bagaimanapun bilangan mereka ini perlu dikesan puncanya agar tidak berlaku masalah keselamatan di jalan raya lebih-lebih lagi jika mereka memandu tanpa lesen," katanya di sini, hari ini.

Nadzri berkata, perkara itu selaras dengan Pelan Keselamatan Jalan Raya 2014 - 2020 yang menyasarkan pengurangan sehingga 50 peratus kadar kemalangan maut di negara ini dengan 62 peratus darinya melibatkan kemalangan motosikal.

Mengikut statistik, 6,700 kemalangan maut direkodkan tahun lalu, dan bilangan itu membimbangkan, terutama 30 peratus daripada jumlah berkenaan membabitkan pelajar sekolah.

Sumber : Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli