Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

FAS Pecat Zainal Abidin Serta Merta

No Comment

Selangor, 7 Ogos - Berikutan prestasi hambar pasukan Bola Sepak Selangor, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak ketua jurlatih pasukan itu, Zainal Abidin Hassan berkuat kuasa serta merta.

Pengurus pasukan itu, Amirudin Shari berkata, keputusan itu diambil keran prestasi hambar pasukan serta atas arahan Presiden FAS, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Tambah Amirudin, tugas Ketua Jurulatih akan digalas oleh penolongnya, K.Gunalan sehingga satu tempoh yang ditetapkan selepas ini.

Gunalan, iaitu penolong Ketua Jurulatih akan menggalas tugas berkenaan sehingga satu tempoh di mana FAS dan pengurusan pasukan mengenal pasti calon sesuai bagi mengemudi Selangor dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Amiruddin juga berkata bahawa rombakan menyeluruh terhadap pengurusan FAS akan diumumkan pada Isnin.

Sebelum ini, Azmin yang juga merupakan Menteri Besar Selangor memaklumkan bahawa pihaknya telah mengarahkan Amirudin dan penolongnya, Noor Hisham Mohd Ghouth untuk mengambil tanggungjawab sepenuhnya dan membuat rombakan segera ke atas pasukan tersebut.

Sumber : Sinar Online

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli