Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Waspada Penculik Guna Van Putih - Polis



KUALA LUMPUR, 25 Ogos - Polis menasihati orang ramai agar berhati-hati sekiranya ternampak van putih di lokasi mencurigakan susulan kes cubaan culik seorang kanak-kanak berumur 10 tahun di Kampugn Datuk Keramat di sini pada Selasa lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif, ini berikutan terdapat kes cubaan menculik melibatkan empat lelaki dengan dua darinya memakai pakaian wanita menggunakan van putih.

"Setakat ini ada satu kes cubaan culik dilaporkan melibatkan suspek menggunakan van putih, melibatkan cubaan culik seorang murid perempuan Sekolah Rendah Agama Al Akram, Kampung Datuk Keramat, dalam perjalanan ke sekolah," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Dalam kejadian yang berlaku pada 1.50 tengah hari itu, kanak-kanak tersebut dihampiri oleh sebuah van putih yang dinaiki oleh sekumpulan empat individu, yang mana dua darinya memakai pakaian wanita, keluar dari van itu dan cuba menarik mangsa masuk.

"Seorang daripada lelaki berpakaian wanita itu mengacukan sebilah pisau ke arah kanak-kanak tersebut namun mangsa dilepaskan setelah meronta dan menyepak serta menumbuk muka kedua-dua lelaki itu yang kemudiannya lari dengan van berkenaan," katanya.

Kanak-kanak itu kemudian berlari masuk ke kawasan sekolah dan menceritakan kejadian itu kepada guru.

Beliau berkata laporan polis mengenai kejadian dibuat oleh seorang guru wanita sekolah berkenaan.

"Nombor pendaftaran van itu tidak pasti kerana tiada kamera litar tertutup di tempat kejadian dan tak tahu pergi ke arah mana," katanya. - Siakapkeli.my

Sumber : Sinar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli