Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Warga Asing Dipercayai Cuba Larikan Bayi Berusia 2 Bulan Dicekup, Pecahkan Pintu Dan Tingkap Rumah

Kredit foto: Harian Metro, ihsan PDRM

Nilai: Penduduk Taman Desa Cempaka 3 kelmarin telah berjaya menahan seorang lelaki warga Nepal berumur 20-an selepas dikatakan cuba melarikan seorang bayi berusia dua bulan, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Zaldino Zaludin berkata, ketika kejadian, datang dua orang lelaki tidak dikenali telah menerjah masuk ke perkarangan rumah seorang penduduk kira-kira jam 1 tengahhari.

Sebaik pintu rumah dibuka oleh seorang wanita berusia 50-an, suspek telah meminta supaya dia menyerahkan cucu perempuannya yang dijaga itu.

"Kerana tidak mengenali dua lelaki itu, wanita terbabit menutup pintu dan suspek cuba memecahkan pintu serta tingkap rumah.

"Wanita itu menjerit meminta tolong menyebabkan suspek cuba melarikan diri.

"Seorang daripada suspek berjaya dicekup penduduk taman perumahan, manakala seorang lagi melarikan diri dan masih diburu," katanya.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 477 Kanun Keseksaan kerana menceroboh. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 1 ulasan )
  1. apabila pendatang asing semakin ramai.. dah ramai mabuk pulak tu ini la jadinya.. nasib baik keluarga tu x diapa2kan, kalau jadi sesuatu yg buruk mcm? nak tnya sikit malaysia masih amankah?

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli