Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita Ini Gunakan Ubat Gigi Untuk Ajar Anaknya Satu Pengajaran Penting Dalam Kehidupan, Dikongsi Lebih 700,000 Kali

No Comment

Siapa sangka, untuk mengajar satu pengajaran penting dalam kehidupan cuma memerlukan ubat gigi?

Baru-baru ini, seorang wanita, Amy Gardner, menggunakan ubat gigi untuk mengajar anaknya, Breonna, sehari semula dia memulakan sesi persekolahan barunya.

Perkara itu dikongsi oleh Amy di Facebook dan mendapat perkongsian lebih 700,000 kali dalam masa seminggu ia dimuat naik.

"Anak saya akan memulakan persekolahan esok. Kami sudah hiaskan almarinya, beli uniform baru, dan juga beg sekolah baru. Tapi malam ini, sebelum dia tidur, kami lakukan satu tugas penting yang jauh lebih penting dari perkara lain.", tulis Amy.

"Saya berikan dia satu tiub ubat gigi dan menyuruhnya memicit semua isinya ke dalam satu pinggan. Apabila dia selesai, saya suruh dia masukkan isi ubat gigi itu kedalam tiubnya semula.

"Dia mula berleter dengan berkata 'Tapi tak boleh!' dan 'Ia tak akan jadi sama seperti asal!'. Saya menunggu di habis berleter dengan tenang sebelum berkata :

Kamu akan ingat sepinggan ubat gigi ini untuk seumur hidup kamu. Kata-kata yang keluar dari mulut kamu ada kuasa yang sangat besar.

Kamu akan memulakan persekolahan, dan kamu akan saksikan tanggungjawab yang akan dipikul oleh mulut kamu. 

Kamu akan berpeluang menggunakan kata-kata kamu untuk  menyakitkan, menghina, memfitnah dan mencederakan orang lain. 

Kamu juga berpeluang untuk melihat bagaimana kata-kata kamu boleh menyembuhkan, mendorong, memberi inspirasi dan menyayangi orang lain.

Kadang-kadang kamu akan membuat pilihan salah dalam hidup.

Sama seperti ubat gigi ini, apabila kata-kata sudah keluar dari mulut, kamu tidak boleh tariknya balik.

Gunakan kata-kata dari mulut kamu dengan berhati-hati, Breonna. Apabila ada orang lain menggunakan kata-kata mereka dengan salah, pastikan kamu mengawal apa yang keluar dari mulut kamu.

Setiap kali bangun pagi, pastikan kamu membuat pilihan untuk mengeluarkan kata-kata yang baik sahaja dari mulut kamu. Malam ini, buat keputusan yang kamu akan jadi seorang yang baik hati di sekolah.

Biar orang kenal kamu dengan sifat sopan santun dan kasih sayang. Kamu tidak akan menyesal memilih membuat kebaikan.

Sumber : FB Amy

Amy, suami, dan anak-anaknya
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli