Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Guna Telefon Bimbit Ketika Memandu, Anggota JPJ Disaman, Ditukar Dan Bakal Dikenakan Tindakan Tatatertib


Sejak beberapa hari lalu tersiar di laman sosial beberapa keping gambar yang memaparkan seorang anggota peronda Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggunakan telefon ketika memandu.

Pihak JPJ dalam satu kenyataan telah mengambil tindakan tegas terhadap anggota berkenaan di mana satu saman telah dikeluarkan sendiri oleh Pengarah Penguatkuasa jabatan itu sendiri.

"Siasatan serta-merta mengenai perkara itu dibuat dan jabatan mengesahkan kebenaran maklumat itu, anggota itu juga sudah ditukarkan ke bahagian lain serta dirujuk kepada lembaga tatatertib kerana mencemarkan imej jabatan untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut mereka, JPJ tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu dalam kes kesalahan undang-undang jalan raya.

"Jabatan sentiasa mengingatkan anggota JPJ supaya sentiasa menghormati undang-undang jalan raya dan menjadi contoh kepada pengguna jalan raya lain," katanya. - Siakapkeli.my

Rujukan: JPJ
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli