Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video & Gambar) Proton Lancar Persona Baharu Dengan 4 Varian Yang Menarik, Harga bermula RM46,800


SHAH ALAM: Syarikat pengeluar kereta nasional negara, Proton Holding Bhd hari ini telah melancarkan Proton Persona baharu yang dijual pada harga bermula RM46,800 hingga RM59,800 seunit.

Pelancaran yang dilakukan sebentar tadi telah disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Keluaran Persona terbaru ini didatangkan dengan empat pilihan varian iaitu Standard MT, Standard CVT, Executive CVT dan Premium CVT di mana kesemua model itu menggunakan enjin 1.6 Liter VVT yang menyalurkan 107hp dengan tork setinggi 150Nm.

Kereta ini telah menerima pengiktirafan 5-bintang daripada ASEAN NCAP dengan dilengkapi enam beg udara bagi spesifikasi tertinggi iaitu Premium dan dua beg udara bagi varian yang lain.


Kredit gambar: Careta.my

Keluaran kali ini mampu memecut 0-100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 10.9 saat, prestasi lebih baik berbanding 12 saat untuk model terdahulu.

Tahap penggunaan bahan api mencatatkan purata 5.6 liter bagi 100 kilometer, selain kedapan bunyi dipertingkatkan untuk memberi ketenangan ketika memandu.

Ia turut didatangkan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Bantuan Brek (BA), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Sistem Brek Antikunci (ABS) dan Agihan Brek Elektronik (EBD).

Struktur badan lebih kuat bagi meningkatkan keselamatan penumpang apabila menggunakan inovasi terkini iaitu teknologi Hot Press Forming.

Kenderaan itu disasarkan kepada golongan muda yang dijual pada harga mengikut varian berbeza:

Berikut adalah harga proton Persona baru ini:


- Siakapkeli.my















Kredit: Careta.my, AutoBuzz.my dan ‎CheMat Proton‎

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli