Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Perdana Menteri UAE Berhentikan 9 Pegawai Atasan Selepas Pejabat Mereka Kosong Ketika Lawatan Mengejut Dijalankan

Shaikh Mohammed mendapati pejabat masih kosong ketika lawatan mengejut itu dijalankan.


Dubai, 30 Ogos - Perdana Menteri UAE yang juga pemerintah Dubai, Shaikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, memerintah 9 orang pegawai atasan untuk bersara awal setelah mendapati pejabat mereka kosong ketika melakukan lawatan mengejut pada awal pagi Isnin.

Difahamkan, Shaikh Mohammed memulakan lawatan seawal jam 7.30 pagi, dan ini adalah sesuatu yang biasa dibuat oleh beliau.

Apa yang mengejutkan, ketika lawatan itu dibuat, pengarah dan pegawai senior di jabatan Majlis Perbandaran Dubai masih lagi belum memasuki pejabat mereka, lapor Pengarah Jabatan Protokol Dubai, Khalifa Saeed Salman di media sosial.

Pengumuman tentang pemberhentian sembilan pegawai itu diumumkan beberapa jam selepas lawatan itu.

Namun, berita tentang pemberhentian itu tidak dikaitkan dengan lawatan mengejut itu tapi diumumkan sebagai usaha Shaikh Mohammd untuk 'memberi laluan kepada pemimpin generasi muda yang boleh memikul tanggungjawab pembangunan untuk fasa seterusnya'.

Video lawatan mengejut ketika pejabat kosong dimuat naik di media sosial oleh Khalifa Saeed.


Shaikh Mohammed  yang juga naib presiden UAE turut membuat pemeriksaan mengejut di j Jabatan Tanah Dubai, Jabatan Kemajuan Ekonomi (DED) dan juga Lapangan Terbang Dubai.

Waktu bekerja bagi penjawat awam di Dubai dan UAE biasanya bermula pada 7.30 pagi dan berakhir pada 2.30 petang.

Sumber : BloombergBusiness Insider
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli