Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Olimpik Rio : V Shem - Tan Wee Kiong Sumbang Perak Ketiga Malaysia, Set Ketiga Yang Mendebarkan

Foto : Bernama

Rio, 20 Ogos - Gandingan beregu badminton lelaki negara, V Shem - Tan Wee Kiong, membawa pulang perak ketiga Malaysia apabila tewas kepada beregu dari China dalam final acara badminton beregu lelaki Olimpik.

Biarpun kelihatan sedikit gugup pada awal set pertama perlawanan, pasukan badminton negara berjaya mengejar dan memenangi set tersebut dengan mata 21-16.

Set kedua pula menyaksikan beregu negara tewas dengan mata 11-21 seterusnya membawa perlawanan kepada set ketiga.

Set ketiga pula merakamkan pertempuran sengit dan mendebarkan antara dua beregu itu apabila beregu China dilihat bermula garang mendominasi permainan. Namun, beregu negara berjaya mengejar dan mendahului di minit-minit akhir permainan.

Bagaimanapun, pasukan beregu China kembali bangkit dan memenangi set tersebut dengan mata 23-21 seterusnya menjadikan mereka juara dalam acara itu.

Tahniah kepada kepada V Shem dan Tan Wee Kiong. Perlawanan yang cukup sengit. Anda juara dihati rakyat Malaysia. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli