Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Dalam Gempa Bumi Itali

No Comment


KUALA LUMPUR, 25 Ogos: Kementerian Luar hari ini mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terbabit dalam kejadian gempa bumi 6.2 skala ritcher yang melanda Itali hari ini.

Namun, Kedutaan Besar Malaysia di Rom sedang memantau dan berhubung rapat dengan pihak berkuasa negara tersebut berikutan kejadian, kata kementerian itu menerusi satu kenyataan.

"Tiada rakyat Malaysia disahkan terbabit dalam kejadian gempa bumi. Namun, pihak kedutaan akan terus berhubung rapat dengan pihak berkuasa Itali untuk sebarang maklumat serta perkembangan terkini.

"Kerajaan Malaysia juga ingin menyampaikan takziah kepada kerajaan dan rakyat Itali, khususnya ahli keluarga mangsa yang terkorban," katanya.

Beberapa laporan berkata, setakat ini dilaporkan seramai 39 orang terbunuh dan angka itu dijangka meningkat.

Sumber : BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli