Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Terkini, Video) Olimpik Rio : Chong Wei Mara ke Final Selepas Tewaskan Lin Dan 2-1, Set Ketiga Yang Boleh Buat Penonton 'Sakit Jantung'


Rio, 19 Ogos - Datuk Lee Chong Wei berjaya melangkah ke final acara badminton perseorangan lelaki selepas berjaya menewaskan musuh tradisinya, Lin Dan, dalam perlawanan semifinal sebentar tadi.

Chong Wei dilihat bangkit memenangi set kedua dan set ketiga selepas kalah 15-21 dalam set pertama.

Set kedua menyaksikan Chong Wei menang bergaya dengan mata 21-11 manakala set ketiga pula melihat Chong Wei menang 22-20 ke atas Lin Dan selepas pertempuran sengit antara dua jaguh badminton dunia itu.

Set ketiga perlawanan itu merakamkan aksi mendebarkan kedua-dua pemain itu yang dilihat mendominasi permainan secara selang-seli.

Dengan kemenangan itu, Chong Wei memastikan sekurang-kuranganya pingat perak dibawa pulang olehnya untuk olimpik kali ini.

Lawan final Chong Wei pemenang satu lagi separuh akhir antara Chen Long dari China selaku ranking kedua dunia dan pemain Denmark, Viktor Axelsen (ranking keempat dunia).

Bagi yang terlepas saat kemenangan Lee Chong Wei tadi, boleh menonton video rakaman dibawah. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli