Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Terkini : Kapal Tangki Vier Harmoni Dirampas, 900,000 Liter Diesel Dilarikan


Kuantan - 17 Ogos : Sebuah kapal tangki yang membawa 900,000 liter diesel telah dirampas di Pelabuhan Kuantan.

Dilaporkan, kapal yang diberi nama Vier Harmoni itu kini berada di Batam.

Menurut NST, perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Ahmad Puzi.

Sementara itu, laman Facebook Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia berkata kapal itu dilaporkan hilang pada jam 5 petang semalam.

"Maritim Malaysia menerima laporan berkenaan kehilangan sebuah marine tanker (MT) Vier Harmoni pada awal pagi tadi. Kapal berkenaan dilaporkan telah hilang pada 16 Ogos 2016 jam 5:00 petang.

"Gerakan mencari kapal berkenaan telah diaktifkan awal pagi ini.

"Kapal yang sepatutnya berada di sekitar perairan Kuantan itu dipercayai telah dibawa lari ke Batam. 

"Kapal tersebut membawa sejumlah 900,000 liter muatan disel dengan anggaran harga RM1.57 juta.

"Menurut hasil siasatan Maritim Malaysia kapal berkenaan disahkan kini berada di perairan Batam, Indonesia.", tulis kenyataan itu.

Sumber : NSTFB APMM
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli