Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tak Realistik Untuk Anjur Olimpik, Malaysia Masih Belum Raih Emas - KJ


RIO DE JANEIRO, 14 Ogos - Membida bagi menjadi tuan rumah untuk sukan Olimpik bukan satu keutamaan bagi Malaysia kerana negara ini tidak memenangi banyak pingat pada temasya berkenaan, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ).

KJ berkata, untuk mengajurkan temasya sukan terbesar dunia itu bukanlah langkah yang realistik kerana sehingga kini Malaysia masih belum meraih sebarang pingat emas pertama dalam kejohanan Olimpik.

"Menganjurkan kejohanan sukan seperti itu hanya akan membebani negara dengan hutang dan masalah lain yang berkaitan sekiranya negara gagal untuk menghasilkan secara konsisten pemenang pingat di pentas dunia.

"Apa yang berlaku selepas temasya ini berdasarkan keadaan ekonomi semasa, negara tuan rumah hanya akan dibebani hutang," katanya.

Berikutan kedudukan ekonomi semasa, KJ berkata keutamaan akian dibuerikan kepada program Podium yang dilancarkan bagi Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Sumber : Kosmo!
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli