Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Selepas Kalah Debat di Internet, Gadis 20 Tahun Ini Masuk Islam & Kahwini Lawannya, Ayah & Nenek Turut Peluk Islam

No Comment


Indonesia, 9 Ogos - Kini viral di Indonesia tentang kisah seorang lelaki, Alvin Faiz, 17, yang menikahi seorang gadis, yang juga mualaf berketuranan Tiongha, Larissa Chou, 20, selepas berdebat menerusi internet.

Alvin, yang juga anak kepada seorang ustaz yang terkenal di negara itu, Ustaz Ariffin Ilham, berjaya membimbing Larissa masuk agama Islam selepas mereka berdua berdebat mengenai agama masing-masing menerusi satu forum di media sosial.

Di dalam debat itu, Larissa, yang menganut agama Kristian ketika itu, akhirnya mengaku kalah dan menzahirkan keinginannya untuk memeluk Islam pada Jun 2015.

Alvin kemudian melamar Larissa untuk menjadi isterinya.

Taggal 6 Ogos lalu, Alvin dan Larissa akhirnya diijabkabulkan sebagai suami isteri yang sah dan kisah unik itu dikongsi oleh bapa Alvin, Ustaz Ariffin Ilham di laman Facebooknya.

Selain dari Larissa, ayah dan nenek Larissa juga memeluk Islam.

"Engkau nikahi seorang putri muallafah. Engkau bimbing papa dan omanya(nenek) pun masuk Islam. Tiga generasi sekaligus bersyahadat", tulis Ustaz Ariffin dalam penulisan yang ditujukan kepada anaknya.


Ustaz Ariffin juga dilihat  bangga dengan anaknya itu yang berhasil mengIslamkan tiga genarasi sekaligus serta berani mengambil tanggungjawab untuk menjadi seorang suami di usia yang muda.

"Engkau melewati(terpaksa pergi ke) sidang di Pengadilan Agama Bogor untuk izin nikah karena usiamu belum 19 tahun

"Nikah segera pilihanmu adalah takdirNya terindah

"Nikah itu ridho (redha) Allah", tulis Ustaz Ariffin.

Alvin dan Larissa

Ustaz Ariffin bersama, ayah dan nenek Larissa mengambil gambar bersama.
Alvin dan bapanya ketika majlis pernikahan Alvin & Larissa
Sumber : Fajar.co.idiwarta, Facebook Ustaz Ariffin
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli