Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sebab Mengapa Anda Digalakkan Mengambil Haiwan Dari Pusat Perlindungan Berbanding Membelinya di Kedai



Pernahkah anda terfikir untuk mendapatkan haiwan perliharaan? Apa yang kita tahu ramai orang yang memilih haiwan peliharaan yang cantik sahaja sehingga mereka sanggup membeli haiwan seperti kucing, anjing dan sebagainya di kedai. Tetapi tahukah anda ada haiwan peliharaan yang percuma yang juga tidak kurang comelnya di pusat perlindungan haiwan? Malah mereka di pusat-pusat tersebut lebih layak untuk untuk dimiliki oleh anda.

Di sini Siakap Keli ingin kongsikan beberapa kelebihan dan kebaikan mengambil haiwan peliharaan di pusat perlindungan haiwan berbanding membelinya di kedai.

1. Mereka yang tiada keluarga, hanya hidup dalam sangkar lebih memerlukan dan menghargai anda kerana memberikan mereka sebuah keluarga dan tempat berteduh yang jauh lebih baik.

2. Secara tidak langsung anda juga telah menyelamatkan nyawa seekor kucing apabila anda mengambil mereka dari tempat pelindungan kerana kekosongan di pusat itu boleh diberikan kepada haiwan terbiar yang lain.

3. Anda boleh mengurangkan risiko haiwan perliharaan terseksa daripada mereka yang mengaut keuntungan, contohnya apabila mereka dipaksa untuk membiak untuk dijual.

4. Dengan mengambil haiwan dari pusat perlindungan juga anda boleh membuatkan rakan-rakan anda yang lain turut mengambil di sana kerana mereka tetap comel dan lebih memerlukan.
5. Anda akan sentiasa ada haiwan peliharaan sebagai teman, terutama apabila anda tinggal bersendirian di rumah.

Kesimpulannya

Mendapatkan seekor haiwan perliharaan adalah pilihan yang baik. Haiwan-haiwan di tempat perlindungan lebih memerlukan kasih sayang dari anda. Maka, pertimbangkanlah samada untuk membeli di kedai ataupun ambil sahaja dari pusat perlindungan haiwan. Pencinta haiwan tidak kisah baka atau kecantikan haiwan, yang penting sayangkan mereka. — Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli