Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Saya Menyesal Sangat Tak Pernah Sayangkan Awak, Awak 'Pergi' Ketika Lahirkan Anak Kita Dengan Saya Tiada Di Sisi,"

No Comment

"Abang saya cuma nak jadi satu-satunya perempuan yang awak akan ingat "

Saya ingat lagi masa mula-mula kita kenal dulu.

Saya baru habiskan pengajian sarjana, tengah usung sijil ke hulu ke hilir minta kerja. Dan masa itu saya tengah kecewa dengan bekas kekasih, awak ada bantu saya dari saya belajar sampai saya habiskan sarjana saya.

Saya perasan awak tak pernah merungut walau saya susah. Tak pernah tarik muka walaupun saya bawa awak pergi makan warung-warung dan kadang-kadang awak yang tolong bayarkan itu ini.

Selama kita kahwin tiga tahun, sekali pun saya tak pernah layan awak sebagai isteri. Saya ingat lagi, betapa sabarnya awak sebelum kita kahwin dahulu walau berapa banyak kali saya lukakan hati awak. Kantoi ada perempuan lain sana sini. Tapi awak masih sabar.

Sejujurnya dahulu masa kita kahwin, saya kahwin dengan awak sebab saya rasa kasihan. Saya rasa awak memang perempuan yang bersungguh-sungguh dengan saya.

Saya terluka setiap kali ingat semula tentang kita. Cincin tunang dan kahwin kita awak sendiri beli. Saya teringat betapa terujanya awak kita nak kahwin. Awak sibuk pilih baju, pilih hantaran yang awak suka.

Tapi saya sepatah tak tunjuk minat. Saya tahu awak terasa hati tapi entah, mungkin sebab saya ego. Saya biarkan.

Saya ingat lagi dua hari sebelum kita kahwin awak tanya, betulkah awak pilihan saya? Saya cuma mampu ‘seen’ saja Whatsapp awak sebab saya tak ada jawapan untuk soalan itu.

Walaupun saya acuh tak acuh, saya tak bersungguh dan tak stabil awak tetap nak berkahwin dengan saya.

Tiga tahun kita kahwin kita masih belum ada anak.

Saya nampak kadang-kadang bila awak skrol Instagram, skrol Facebook kawan-kawan awak yang bahagia dengan kehidupan mereka, suami dan anak mereka. Awak jadi sedih.

Sedih bukan sebab awak tak ada anak. Tapi sedih sebab saya gagal, kan? Gagal jadi suami yang baik untuk awak. Saya tahu awak kecewa sebab saya selalu abaikan awak, saya tak pernah tunjuk minat untuk ada anak, saya tak pernah cuba faham awak.

Maafkan saya sebab saya tipu perasaan saya sendiri masa kita kahwin dahulu. Saya tak cintakan awak tapi saya tak mampu undur diri.

Walaupun tiga tahun dah berlalu tapi hati saya masih belum terbuka untuk terima awak sepenuhnya. Dan saya diuji bila bekas kekasih saya muncul semula dalam kehidupan saya.

Lagi sekali saya abaikan. Dan tak lama lepas itu, mungkin tuhan nak tunjuk pada awak betapa tak gunanya saya sebagai suami–awak terbaca semua Whatsapp saya dengan dia.

Ya, saya tahu awak terluka. Dan banyak-banyak hari yang saya lukakan awak, hari itu awak paling terluka. Awak tunjuk Whatsapp itu pada saya. Air mata awak mengalir, masa itu saya betul-betul tak tahu nak buat apa. Saya dengar awak tersedu-sedu menahan tangis dalam bilik kita.

Egonya saya. Saya tak cuba pujuk awak langsung. Saya hilangkan diri berhari-hari dengan alasan kerja luar daerah.


Dan saya terima SMS dari awak. Awak nak saya balik. Awak janji awak akan lupakan apa yang telah awak baca dan awak janji yang awak akan buat tak tak tahu bahawa pernah terjadi hal ini. SMS kedua masuk, ringkas.

“Saya dah mengandung, abang baliklah. Saya masak makanan kegemaran abang.”

Saya balik dan cuba untuk sayangkan awak memandangkan awak pun dah mengandung. Lagi sekali saya lukakan awak. Saya tak pernah teman awak bila awak jumpa doktor, saya tak pernah bangun bila awak muntah-muntah, saya pura-pura tidur bila awak kekejangan dan saya tak pernah tanya awak mengidam atau sakit apa-apa.

Entah. Mungkin awak tahu siapa saya dan kenal siapa saya. Awak diamkan. Tak pernah awak merungut sepanjang sembilan bulan awak mengandung. Awak tetap bangun pagi masakkan saya, siapkan pakaian dan jaga makan minum saya.

Saya pernah tinggikan suara pada awak sebab awak demam dan mungkin betul awak tak larat masa itu. Saya marah dan minta awak jangan mengada-ngada. Sedangkan itu kali pertama awak mengandung, awak mengadu sakit dan minta saya bawakan awak pergi hospital.

Sedangkan selama ini, kalau awak demam sakit atau apa, awak berselubung tahan sakit sampai tertidur. Hari ini baru saya sedar betapa kejamnya saya.

Disebabkan saya ego saya tak pernah cuba cari peluang untuk adakan masa dengan awak. Alasannya sebab saya sibuk. Bila awak SMS atau Whatsapp cerita itu ini, saya baca tetapi tidak hiraukan.

Akhir status awak kemaskini di WeChat.

“Jangan benci sesuatu perkara, kelak perkara yang kau benci akan jadi perkara paling kau rindu.”

Saya tak sangka itu ‘moment’ terakhir awak. Awak hembuskan nafas terakhir pada hari Ahad 3 Mei 2015. Dan hari ini genap setahun kepergian awak.

Saya tak tahu kesakitan apa yang awak tanggung masa nak lahirkan anak kita. Maafkan saya walaupun masa awak lahirkan anak kita saya tetap tak ada di sisi awak.

Saya terfikir kesakitan dan ketakutan apa yang awak lalui masa itu sendirian. Sedangkan orang lain ada suami di sisi. Maafkan saya sebab saya tak pernah tunjuk kasih sayang pada awak dan anak kita. Saya tak pernah ambil tahu tentang awak dan anak kita.


Hari awak tinggalkan saya, saya mula sedar yang saya jatuh cinta pada awak dan saya mula sayangkan anak kita. Saya cuma sempat bisikkan pada awak terima kasih sebab lahirkan anak kita.

Tapi saya nampak awak dah tak bergerak, dah tak ada lagi isteri yang senyum, pegang dan cium tangan saya. Tuhan saja tahu betapa saya menyesal masa itu. Saya kucup dahi awak lama-lama dan masa itu saya mula berharap agar saya dapat cium lagi awak macam mana saya cium awak hari itu.

Dan sekarang saya faham rasa bila kita mencintai orang yang takkan ada untuk kita. - Suamimu

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli