Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Polis Kenalpasti Tiga Gadis Buat Aksi Bahaya di Jalan ke Genting Highland

No Comment


KUANTAN 30 Ogos - Polis telah berjaya mengenalpasti tiga gadis yang membuat aksi bahaya dengna mengeluarkan badan dan duduk di tingkap kereta di jalan ke Genting Highlands yang mana rakaman video aksi tersebut menjadi viral di media sosial baru-baru ini.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, ASP S. Somo berkata, identiti pemilik kenderaan tersebut sudah pun diperoleh tapi pemilik itu tidak menggunakan keretanya pada hari kejadian.

"Pemilik kereta bagaimanapun tidak menggunakan kereta itu pada hari berkenaan. Tetapi semua yang menaiki kereta itu pada hari kejadian telah dikenal pasti," katanya semasa dihubungi di sini hari ini.

Somo berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara berbahaya.

Kes itu juga disiasat mengikut Peraturan 4A Kaedah-kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar) 1978 kerana penumpang berkenaan tidak memakai tali pinggang keledar. - BERNAMA

Sumber : Utusan Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli