Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pemain Gitar Kumpulan 3 Doors Down Meninggal Dunia



21 Ogos - Bekas pemain gitar kumpulan 3 Doors Down, Mat Roberts, 38, meinggal dunia pada awal Sabtu di sebuah hotel di Winconsin, Amerika Syarikat.

Bapanya, Darrell memberitahu portal TMZ bahawa kematian anaknya itu mungkin disebabkan pemgambilan bil berlebihan.

Menurut Darrell, dia dimaklumkan tentang pemergian anaknya itu oleh detektif yang mengetuk bilik hotelnya pada jam 9 pagi.

Roberts dijangka melakukan persembahan amal kawasan sekitar itu.

Roberts mengasaskan kumpulan 3 Doors Down pada 1994 bersama dengan vokalis dan pemain drum, Brad Arnold serta pemain bass, Todd Hartwell.

Album studio pertama mereka, The Better Life, mencatatkan jualan patinum berkembar enam.

Single pertama daripada album terbabit, Kryptonite, membolehkan kumpulan berkenaan dikenali di seluruh dunia. Lagu itu berjaya menduduki nombor 3 pada carta Billboard Hot 100. Di AS saja, lima album 3 Doors Down sehingga 2011 berjaya dijual melebihi 12 juta salinan.

Sumber : BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli