Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pelayan Restoran Terima Tip RM2,000 Dari Pelanggan Yang Memesan Minuman RM1.50, Semuanya Kerana Kebaikan Yang Dibuat Sehari Sebelum

No Comment
Resit yang telah diconteng oleh pelanggan itu

Dallas, 21 Ogos -Seorang pelayan sebuah restoran di sini tergamam apabila diberi tip sebanyak $500 (RM 2,000) oleh pelanggan misteri.

Pelayan tersebut, Kasey Simmons, yang bekerja di Restoran Applebee tergamam ketika menyedari jumlah tip yang diberikan itu walhal minuman yang mereka pesan sangat murah, $0.37 (RM1.50).

'Mereka memesan benda yang paling murah dalam menu, air berperisa", kata pelayan tersebut, Kasey Simmons.

Bersama tip tersebut, disertakan satu nota yang menjelaskan mengapa pelanggan misteri itu sanggup memberikan tip sebanyak itu.

Sehari sebelumnya, Simmons pergi membeli belah di sebuah pasaraya di kawasan berdekatan. Ketika mahu membuat pembayaran, dia terserempak dengan seorang wanita tua yang kelihatan murung.

Tidak seperti pengunjung-pengunjung lain, Simmons menghampiri dan berbual dengan wanita tersebut.

Tanpa bertanya apa masalah yang dihadapi, Simmons berbual-bual dengan wanita tua itu untuk menceriakannya dan turut membayar kesemua barangan yang diambil oleh wanita tersebut.

"Ia hanya $17 (RM68), tapi ia bukannya tentang duit. Ianya untuk menunjukkan seseorang yang anda mengambil berat tentang dia", kata Simmons.

Tip RM2,000 itu datang dari anak kepada wanita tua yang ditolongnya semalam. Menurut nota yang ditanggalkan, wanita tua itu sedang bersedih namun dia cuba hidup seperti normal pada hari ulang tahun kematian suaminya.

Nota yang ditemui bersama tips

"Pada hari yang paling menyedihkan setiap tahun... kamu telah membuat hari ibu saya ceria

"Kamu berdegil untuk bayar. Beritahu dia yang dia adalah seorang yang cantik. Sudah lama saya tak nampak dia senyum selebar itu sejak ayah meninggal", tulis nota itu.

Simmons berkata, dia tidak menyangka kebaikan kecil yang dibuat olehnya akan memberikan impak yang besar ke atas wanita tua itu. - Siakapkeli.my

Sumber : CNN
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli