Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pelakon, Shafiee Jaafar atau Pak Piee Meninggal Dunia


Pelawak veteran, Shafiee Jaafar atau lebih dikenali sebagai Pie meninggal dunia di rumah anaknya di Teluk Bahang 9 malam tadi

Arwah meninggal dunia akibat sakit tua.

Berita pemergian arwah disahkan oleh rakan karibya, Omar M Hashim atau Omara sebentar tadi kepada portal Kosmo!

Menurut Omara, beliau dimaklumkan mengenai berita kematian Pak Piee dari anak perempuan arwah menerusi panggilan telefon.

"Anak dia (Pak Piee) beritahu yang bapanya baru meninggal dunia 10 minit tadi dan kini sedang sibuk menguruskan jenazah," katanya

Arwah merupakan seorang pelakon yang berasal dari Pulau Pinang, Malaysia dan pernah membintangi beberapa filem seperti Jangan Pandang Belakang Congkak, Nana Tanjung, Anak Mami Kembali, Lady Boss dan banyak lagi.

Pemergian arwah merupakan kehilangan besar buat industri seni negara dan juga rakyat Malaysia. - Siakapkeli.my

Sumber : Harian MetroKosmo! , Utusan Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli