Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Parlimen India Dijangka Luluskan GST, Dijangka 15% - 18% Peratus

Arun

India, 3 Ogos: Menteri Kewangan India, Arun Jaitley menjadi tumpuan di parlimen negara itu susulan usaha menrefomasikan cukai di negara itu dengan memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Cukai itu dijangka bakal diluluskan minggu ini oleh parlimen India selepas ia dibangkitkan 16 tahun lalu.

Cukai GST yang dijangka berkadar 15%-18% itu bakal menggantikan cukai-cukai tidak langsung di India - yang terdiri dari pelbagai levi berpusat dan negeri seperti, cukai jualan, octroi dan cukai kemewahan.

Cukai yang sepatutnya didebatkan 2 tahun lalu itu bagaimanapun terpaksa ditunda sehingga ke hari ini kerana mendapat tentangan hebat dari parti pembangkang, Parti Kongres yang cuba menghalang usul itu dari dibahaskan di Parlimen.

Usul itu bagaimanapun dipersetujui selepas beberapa pindaan dibuat terhadap Rang Undang-Undang GST.

Ia adalah reformasi cukai terbesar sejak kemerdekaan,” kata Jaitley.

Ia akan mengintergrasikan ekonomi sebagai satu entiti ... dengan India adalah satu pasaran yang besar, ia akan membantu melancarkan urusan perdagangan barangan dan perkhidmatan di seluruh negara ,” katanya lagi.

Kerajaan India menyasarkan untuk melaksanakan GST pada April tahun depan.

Sumber : economictimes.indiatimesqz.comdna
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli