Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Olimpik Rio 2016 : Pandelela, Jun Hong Dapat Pencen Seumur Hidup Selepas Menang Perak



RIO DE JANEIRO: Selepas mendapat pingat perak dalam Olimpik bagi cara platform berirama 10 meter wanita, gandingan penerjun negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong akan berkongsi ganjaran RM600,000 serta pencen bulanan RM3,000 setiap seorang seumur hidup.

Di bawah skim insentif Majlis Sukan Negara (MSN) untuk Olimpik, pemenang pingat emas akan menerima RM1 juta dan pencen bulanan RM5,000, perak pula RM600,000 dan pencen bulanan RM3,000, manakala gangsa RM100,000 serta pencen bulanan RM2,000.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata Pandelela dan Jun Hoong akan berkongsi sama rata hadiah wang tunai RM600,000 itu manakala pencen bulanan itu akan bermula serta-merta.

Ditanya sama ada pemenang dua pingat Olimpik, Pandelela akan menerima dua pencen berbeza, Ahmad Shapawi menjelaskan atlet itu akan menerima satu sahaja iaitu jumlah tertinggi antara pingat perak dan gangsa yang diperolehnya.

Selain Pandelela, Datuk Lee Chong Wei juga adalah pemenang dua pingat perak Sukan Olimpik selepas menang secara berturut-turut pada edisi 2008 di Beijing dan 2012 di London.

Sumber : Bernama
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli