Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Road Trip: Filem Pendek 4 Minit yang Mengisahkan Usaha 3 Sahabat Cuba Pulihkan Kembali Memori Rakannya


Memori merupakan satu anugerah Tuhan yang tidak ternilai buat kita, manusia. Tanpa memori, tiadalah gelak tawa bersama rakan-rakan, tanpa memori tiada nilai kasih sayang dari yang tersayang dan tanpa memori, siapalah kita.

Menerusi satu filem pendek yang bertajuk 'Road Trip', Maxis mengabadikan betapa bernilainya sesebuah memori dalam kehidupan seseorang manusia yang menjadikan siapa kita hari ini.

Filem pendek berdurasi empat minit itu mengisahkan tentang Omar, seorang pesakit alzheimer yang 'berperang' untuk mengait semula memori-memorinya yang semakin hilang dek kerana penyakit itu.

Ketika memorinya semakin pudar, rakan-rakan Omar iaitu Eddie, Man dan Henry cuba membantu Omar untuk mendapatkan cebisan memorinya semula.

Dari situ, bermulalah episod 'Road Trip' rakan-rakan Omar ke tempat-tempat nostalgik yang pernah mereka lalui bersama.

Ikuti filem pendek itu menerusi video di bawah :


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli