Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Manusia Kalkulator' Harumkan Nama Negara, 'Lihat Soalan Terus Tahu Jawapan'

No Comment


Kuala Lumpur, 1 Ogos - Berapakah jawapan kepada soalan 7098 x 879? Jika anda mampu mendapatkan jawapan 6,239,142 sebaik sahaja melihat angka pada soalan itu, anda mungkin sehebat jaguh matematik negara, Jourdan Toh.

Pada Ahad lalu, Toh mengharumkan nama negara apabila beliau memenangi pertandingan matematik , Abakus dan Mental Arithmetic, Piala World City.

Namun, kemenangan itu bukanlah sesuatu yang baharu bagi pelajar berusia 17 tahun itu kerana dia sudah mengungguli pertandingan itu sejak beliau berusia 8 tahun.

Pertandingan itu dihadiri oleh 700 ahli matematik muda terbaik dari lapan negara yang mana memerlukan peserta-pesertanya menyelesaikan 100 soalan matematik menerusi minda atau sempoa dalam masa dibawah tiga minit.

Bagaimanapun, bagi peserta dari Sekolah Tinggi Han Chiang, Penang, itu, semua jawapan akan terus berada dalam kepalanya sebaik sahaja beliau membaca soalan.

Kata Toh, satu-satunya yang menyebabkan dia lambat dalam pertandingan itu adalah masa yang perlu diambil oleh tangannya untuk menulis jawapan.

"Apabila saya melihat soalan, saya sudah tahu jawapannya. Saya hanya perlu menulis dengan cepat.

"Bagi saya, pertandingan ini lebih kepada pertandingan menulis. Kawan-kawan saya biasanya akan berlumba dengan saya menggunakan kalkulator mereka.

"Mereka memanggil saya 'manusia kalkulator'," kata Toh.

Pada tahun 2007, Toh mendapat skor penuh dalam pertandingan Mental Arithmetic kebangsaan dan memenangi kejohanan di bawah kategorinya di Jepun.

Beliau turut mewakili Malaysia di San Francisco pada tahun 2008, di Taiwan pada tahun 2011 dan 2014, di Jepun pada tahun yang sama dan di Los Angeles pada tahun lalu.

Menceritakan pengalamannya dalam matematik, Toh berkata minatnya dalam bidang itu bermula sejak berusia tiga tahun apabila dia menghadiri kelas tuisyen di Pulau Pinang dimana beliau telah diajar tentang pengiraan abakus. Sejak dari itu, dia mula menjadi ketagih dalam bidang tersebut.

"Setiap hari, saya akan menjawab soalan-soalan untuk dua hingga tiga jam. Saya boleh menghabiskan dakwat dua batang pen setiap hari untuk mencari jawapan," katanya.

Sejak kebelakangan ini, Toh berkata beliau menjadikan matematik sebagai 'pembunuh tekanan'.

"Saya menyelesaikan soalan dalam 30 keping kertas dalam masa satu jam. Saya menonton YouTube semasa melakukannya. Dan kemudian semua tekanan hilang," katanya.

Toh memegang jawatan ketua pengawas sekolah dan bermain skuasy dan bola keranjang. Beliau berharap untuk meneruskan kerjaya dalam bidang statistik gunaan atau sains aktuari.

Pertandingan Piala World City pada Ahad telah diadakan di Wisma MCA dan dilancarkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Chong Sin Woon. - Siakapkeli.my

Sumber : mStar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli