Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lengkap Dengan Tasik 9 Ekar, Kawasan Perumahan Ini Bakal Jadi Rebutan Orang Ramai Dengan Tempahan Serendah RM1,000



Johor, 5 Ogos - Satu projek perumahan mampu milik di Pasir Gudang, Johor, akan dilancarkan oleh YAB Menteri Besar Johor, Dato' Mohamed Khaled Nordin dalam satu majlis perasmian yang bakal berlangsung di Meridin East Sales Gallery di Pasir Gudang esok.

Projek perumahan Meridin East yang dipelopori oleh syarikat Mah Sing Group itu mempunyai tawaran menarik bagi rumah teres dua tingkat yang berstatus 'freehold' dengan harga serendah RM 357,000 (bumi lot) bagi memenuhi permintaan rumah baharu mampu milik di negeri ini.

Bagi merealisasikan projek rumah itu, tempahan bagi rumah di Meridin East diletakkan pada harga serendah RM1,000 sahaja.



Semua Dijemput Rasai Sendiri Suasana Meridin East Pada Hari Pelancaran

Sempena majlis pelancaran Meridin East, semua orang dijemput hadir ke majlis tersebut untuk merasai sendiri suasana di Meridin East. Jemputan terbuka itu dibuat bagi membolehkan bakal pembeli menjejakkan kaki mereka sendiri di Meridin East sebelum membuat keputusan untuk membeli.


Ia juga merupakan peluang yang baik bagi orang ramai untuk merasai sendiri bagaimana gaya kehidupan ekslusif yang ditawaran di Meridin East yang dilengkapi dengan 9 ekar tasik - yang mana boleh dijadikan tempat berkelah - 2 km laluan untuk berjogging atau berbasikal dan juga 16,000 kaki persegi yang dikhususkan untuk rumah kelab.

Selain itu, orang ramai juga boleh melihat sendiri mengapa kawasan Meridin East merupakan kawasan yang berbaloi untuk diduduki kerana ia berdekatan dengan pelbagai kemudahan antaranya pasaraya, hospital, pelabuhan dan juga tempat-tempat menarik seperti muzium. Lebih dari itu, jarak antara Meridin East dan lebuhraya Senai-Desaru hanya sejauh 4 km menjadikan kawasan itu bernilai tinggi dari kawasan-kawasan lain.





Lihat Rumah Sambil Berhibur

Selain dari melihat kawasan rumah, orang ramai juga akan dihiburkan dengan persembahan dari kumpulan Akim & The Majistret yang dijemput khusus untuk memeriahkan majlis pelancaran Meridin East.

Tidak cukup dengan persembahan 'band', hari pelancaran Meridin East juga akan dimeriahkan dengan aktiviti-aktiviti lain seperti Lakeside High Tea, Garden Picnic dan bermacam lagi.

Bagi ibu bapa yang membawa anak-anak pula, jangan risau kerana aktiviti untuk kanak-kanak juga disediakan. Antara aktiviti-aktiviti yang disedikan untuk kanak-kanak adalah Giant Bubble dan Pallet Painting.

Orang ramai yang mendaftar sebelum jam 9 pagi pula akan menerima satu kad Touch n Go ekslusif Meridian East yang bernilai RM 30 (selagi stok masih ada).

Berikut adalah butiran majlis pelancaran Meridin East :

- Lokasi : Meridin East Sales Gallery (Waze : https://waze.to/lr/hw23btkydh )
- Tarikh : 6 Ogos 2016
- Masa   : Bermula 8.30 pagi

Ketahui lebih lanjut tentang Meridin East di http://bit.ly/MeridinEast

Poster jemputan majlis perasmian Meridin East.

Aktiviti-aktiviti yang disediakan pada pelancaran Meridin East
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli