Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Maut Diserang Beruang Ketika Kutip Durian



GUA MUSANG, 11 Ogos: Seorang lelaki maut diserang oleh seekor beruang dalam sebuah kebun durian di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) Renok Baru dalam kejadian pada awal pagi tadi.

Mangsa, seorang warga Indonesia, dikenali sebagai Mat Didik@Madidi Basa, 40, ditemui oleh anaknya dalam parit kira-kira jam 6 pagi tadi selepas tidak pulang ke rumah sejak keluar dari jam 10 malam tadi untuk mengutip durian.

Mnurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Rajab Ahad Ismail, serangan itu dipercayai berlaku pada lewat malam tadi ketika mangsa pergi ke kebun durian seorang diri.

Menurut beliau juga, haiwan itu dipercayai berada di atas pokok sebelum menerkam mangsa dan berlaku pergelutan menyebabkan lelaki itu jatuh ke dalam parit.

"Mangsa ditemui mati dalam parit berkenaan dengan kesan kecederaan parah di kepala dipercayai dicakar beruang," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Rajab Ahad berkata, berdasarkan kenyataan anak mangsa, lelaki berkenaan sering ke kebunnya seorang diri terutama pada waktu malam untuk melihat buah durian.

"Difahamkan, beruang berkenaan sudah dikesan berkeliaran di sekitar kebun terbabit sejak sebulan lalu. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat," katanya.

Sumber : http://www.bharian.com.my/node/182064
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli