Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Ini Dedah Bagaimana Dia Langsaikan Semua RM11,000 Hutang PTPTN Guna Akaun 2 KWSP



Pinjaman Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN), satu badan yang memberikan pinjaman pelajaran kepada pelajar-pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi, namun selepas habis belajar ramai dilihat agak liat untuk membayar pinjaman berkenaan.

Pelabgai situasi membuatkan ramai tidak bayar, ada yang sudah bekerja tapi masih liat, ada yang bergaji kecil menyebabkan mereka tidak dapat membayar.

Namun, bagi mereka yang sudah lama bekerja, tahukah anda bahawa anda boleh langsaikan hutang pinjaman PTPTN anda itu dengan mudah jika ada mempunyai simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP).

Seorang lelaki bernama Nazri Nasir telah berkongsikan bagaimana hendak selesaikan hutang PTPTN menggunakan akaun 2 KWSP.

Bagaimana caranya? jom kita baca.

BERITA BAIK UNTUK PEMINJAM PTPTN !!

Bole nampak kegembiraan di wajah saya tatkala mendapat tahu bahawa hutang lapuk tertunggak PTPTN saya sebanyak RM11,000 boleh diselesaikan dengan menggunakan akaun 2 KWSP@EPF saya.

Disini saya sharekan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk settle PTPTN ni. Moga bermanfaat :

1) Aktifkan i-akaun di kiosk KWSP 
2) Register i-akaun di laman web KWSP
3) Print Out Penyata terkini di kiosk KWSP
4) Pergi ke cawangan PTPTN dan 
5) Cakap nak settle hutang tertunggak pakai KWSP akaun 2.
6) Pegawai PTPTN akan uruskan pembayaran
7) Dalam 1-2 minggu KWSP akan call untuk pergi cawangan KWSP dan buat thumbprint.
8) KWSP akan uruskan selebihnya
9) Selepas dalam 1bulan hutang PTPTN akan settle 
10) Muka pun Gembira :)

Mohon share dengan kawan-kawan yg dibebani dengan hutang PTPTN sehingga ade yg tak bole keluar negara.

‪- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 1 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli