Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

KJ Jadi 'Mat Bangla' Sapu Sampah Selama Lima Minit, Dikenali Sebagai Ahmad Khairy Jamal Udeen Chowdhury


Kuala Lumpur, 12 Ogos - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ), bakal tampil dalam satu filem pendek berdurasi 5 minit yang mana dia akan melakonkan watak seorang 'mat bangla' dengan nama Ahmad Khairy Jamal Udeen Chowdhury.

Filem pendek itu dibuat untuk meningkatkan kesedaran para belia terhadap pengurusan sisa pepejal kitar semula dan menjaga alam sekitar.

"Ahmad Khairy Jamal Udeen Chowdhury dari Chittagong, Bangladesh bakal tampil dengan filem pendek (5 minit) baharu untuk meningkatkan kesedaran para belia terhadap pengurusan sisa pepejal, kitar semula dan menjaga alam sekitar. Ahmad Khairy sangat kagum dengan dasar kitar semula di negara angkat beliau, Meleishia.

"Tapi sebelum semua confuse, dalam gambar ini saya, bukan Ahmad Khairy dari Bangladesh. Saya main watak Ahmad Khairy dengan menjadi pekerja Alam Flora untuk membawa mesej yang penting kepada para belia. Respek kepada abang2 Alam Flora dan waste management ni. Bila dah 'pakai kasut' mereka barulah kita tahu kerja yang sangat penting ini.

"Asingkan di punca!", tulis KJ di laman Facebooknya.



Sementara itu, di bahagian komen orang ramai memuji apa yang dilakukan oleh KJ itu.

"Hebat...Tahniah YB,...seorang Pemimpin generasi muda yang berjiwa rakyat dan senantiasa dengan nilai"murni,,, semoga menjadi contoh kepada anak" muda....terus kan perjuangan YB..semoga senantiasa Semangat dan Sukses, Insyaallah niat yang baik allah permudahkan.Amin,, YB Terbaik........", tulis Uji Rahayu.

Mazz Lann pula berkata "Apa org nak cakap cakap lahh...YB KJ is the best ever Minister!!".

"Terbaik KJ , tunjukkan kpd pemuda2 kita bahawa walau apa jua kerja yg halal adalah mulia berbanding hanya mengomel, melepak dan merempit tak tentu hala sampai subuh.... tu.", tulis Saifudin Jumat pula.

Sumber : FB KJ
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli