Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kanak-Kanak Buta Umur 5 Tahun Hafal Al-Quran Dengan Hanya Dengar Radio


Seorang kanak-kanak buta bernama Hussein Mohammad Tahir yang baru berusia lima tahun melakukan sesuatu yang menakjubkan apabila beliau telah mampu menghafal beberapa surah panjang Al Quran dengan hanya mendengar radio di Jeddah, Arab Saudi, lapor ArabNews.

Bapa beliau yang merupakan warga Myanmar menetap di Jeddah hanya menyedari perkara ini selepas membelikan radio kepadanya kerana dia tidak dapat menonton televisyen.

Bapanya, Mohammad Tahir berkata, dia telah memasang siaran sebuah stesen radio yang menyiarkan bacaan kitab suci itu sepanjang 24 jam setiap hari sebagai usaha menanamkan minat dan cinta anaknya kepada kalam Allah itu.

“Saya langsung tidak menyangka anak saya memperoleh faedah daripada radio dengan menghafal al-Quran. Saya mulanya tidak sedar Hussein menghafal kitab suci itu sejak membeli radio tiga tahun lalu,” kata Mohammad Tahir.

Ketika berpindah daripada Jeddah ke Madinah, Hussein meminta bapanya membawanya ke Masjid Nabawi.

“Di sana, dia membaca seluruh surah Al-Baqarah di masjid berkenaan. Saya sungguh terkejut.

“Untuk mengesahkan kemampuan Hussein, saya membawanya ke beberapa hafiz. Mereka mengesahkan kebolehkan anak saya dan berkata, dia hanya memerlukan sedikit bimbingan untuk memperelokkan bacaannya,” kata Mohammad Tahir.

Kanak-kanak hebat ini kini telah dimasukkan ke kelas penghafalan al-Quran untuk kanak-kanak kurang upaya di Masjid Nabawi.

“Saya bersyukur kepada Allah (SWT) kerana disebalik kecacatan Hussein, dia mempunyai kelebihan lain,” kata bapanya itu. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli