Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jurukamera Bernama Melecur di Paha Apabila Power Bank Dalam Beg Tiba-Tiba Terbakar


KUALA LUMPUR, 25 Ogos: Paha kiri seorang jurukamera Bernama News Channel (BNC) melecur apabila power bank yang diletakkan di dalam begnya tiba-tiba terbakar.

Dalam kejadian yang berlaku pada 12.30 tengah hari itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Awie berkata, dia sedang bertugas membuat liputan berita di satu majlis di Chow Kit.

"Saya duduk di kerusi sambil memangku beg di atas paha, tiba-tiba seorang wanita menjerit melihat beg saya terbakar di bahagian bawah," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Beliau kemudian ke klinik untuk mendapatkan rawatan akibat melecur.


"Power bank itu hadiah yang saya terima semasa membuat liputan dan baru menggunakannya semalam, saya juga telah mengecas penuh power bank itu namun tidak sempat menggunakannya hari ini," katanya.

Sementara itu, Harian Metro melaporkan, Awie berkata, ketika kejadian dia baru sahaja selesai membuat rakaman visual di tingkat atas dan turun kebawah dan duduk bersama rakan media lain.

"Saya mahu ambil telefon bimbit dalam poket sebelah kanan, tiba-tiba seorang wanita menjerit ke arah saya sambil menunjuk beg yang riba.

"Saya panik, apabila melihat beg dan seluar saya terbakar serta berlubang. Saya tidak perasan kerana powerbank berkenaan tidak meletup. Cuma keluar bunyi macam bunga api," katanya.

Awie berkata, dia kemudiannya membersihkan kesan terbakar berkenaan di tandas dan kemudiannya sedar yang kulit pada bahagian paha sudah melekat pada seluar.

"Saya terpaksa meminta tolong rakan wartawan untuk menghantar saya pulang ke rumah untuk menukar seluar sebelum saya memandu sendiri ke klinik.

"Nasib baik kejadian berlaku di tempat awam dan ada orang nampak. Tak tahu lah kalau jadi masa saya memandu ke, dalam penerbangan ke, tak dapat saya bayangkan," katanya yang menerima rawatan pesakit luar.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli