Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

JAKIM Sokong Pokemon Go Tidak Dibenarkan Untuk Umat Islam


Kuala Lumpur, 7 Ogos - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyokong keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 1 Ogos 2016 yang tidak membenarkan umat Islam melibatkan diri dengan aplikasi permainan Pokemon Go atas pelbagai faktor termasuk membawa kepada kemudaratan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Jakim, Dato' Hj Othman Bin Mustapha, menerusi Facebooknya sebentar tadi.

"Keputusan tersebut adalah selari dengan pandangan hukum oleh negara-negara Islam lain yang telah membuktikan permainan Pokemon Go ini menjadi penyebab insiden yang membahayakan sehingga meragut nyawa. Permainan ini juga nyata mendatangkan kesan yang negatif kepada golongan kanak-kanak dan remaja.

"Justeru, Jakim menyeru umat Islam di negara ini agar menghindarkan diri dari permainan Pokemon Go ini. Saranan ini juga selaras dengan kaedah syarak *Saddu Al-Zara'i (سدُّ الذرائع)*di mana kita perlu mencegah atau menyekat jalan yang boleh membawa kepada kerosakan dan kemudharatan kepada diri kita.", tulis beliau.

Sebelum ini, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan mencapai kata putus Pokemon Go tidak dibenarkan untuk umat Islam di Malaysia.

Setelah meneliti pendapat ulama dan fatwa yang dikeluarkan, kami berpendapat, fatwa yang dikemukakan ada asasnya dan perlu dijauhkan permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri jika permainan ini membawa kepada mudarat.

Di samping itu, mengiyakan kuasa dan dewa tertentu yang mempunyai kuasa dan ditambah boleh membawa kepada perjudian, maka kami berpendapat hujah yang dikemukakan tentang hukum bermain Pokemon sebagai haram mempunyai asas yang kuat.

“Manakala Pokemon Go pula, berdasarkan kes yang sudah berlaku-pengintipan pihak luar, pencerobohan ruang peribadi, faktor keselamatan seperti kemalangan, kelalaian dan sebagainya,” katanya Dr. Zulkifli. - Siakapkeli.my

Sumber : Facebook , Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 1 ulasan )
  1. JAKIM haha... cadbury mana jakim, dah boleh makan pulak..
    duit masyuk beli logo halal, jalan ja... sempoi...

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli