Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ibu Bingung Bayinya Menangis Air Mata Berdarah Hampir Setiap Hari

No Comment


MELAKA, 14 Ogos: Seorang ibu di sini bingung apabila bayi perempuannya yang berusia dua bulan mengeluarkan air mata berdarah hampir setiap hari.

Ibu tersebut, hazura Kamal Santhirasehar, 24, berkata perkara itu dikesan sejak anaknya berusia lima hari ketika dia dan suami, Abu Kassim Mahmuddin, 39, berada di rumah di Tanjung Minyak pada Jun lalu.

"Ketika itu tengah hari dan Batrisya tiba-tiba menangis. Saya bergegas bancuh susu sebelum suami yang menemani anak kami mendapati tangisannya air mata darah.

"Air matanya mengalir dengan darah tetapi dia senyap. Saya kesat air mata anak dengan empat batang putik kapas sebelum membawanya ke Hospital Melaka," katanya sebagaimana lapor BH Online.

Menurut Hazura lagi, anak bongsu dari lima beradik itu sering mengalami sakit mata, kornea menjadi merah dan bertahi di sebelah mata kiri pada awalnya, namun kini semakin merebak ke sebelah kanan.

Menurutnya juga, doktor pakar yang merawat anaknya belum dapat mengenalpasti jenis penyakit yang dihadapi namun berkata jika tidak dirawat, anaknya itu boleh menjadi buta.

Katanya, mereka berusaha mendapatkan bantuan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), selain berharap ada yang sudi menghulurkan bantuan.

Sumber : BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli