Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gempa Itali : Kanak-Kanak 8 Tahun Mati Lindungi Adik Dari Runtuhan, Adik Selamat Tanpa Sebarang Luka

No Comment


Itali -Seorang kanak-kanak perempuan lapan tahun mengorbankan nyawa untuk melindungi adiknya dalam kejadian gempa bumi kuat yang menggegar Itali semalam.

Mayat kanak-kanak perempuan itu ditemui berada di atas adiknya yang berusia empat tahun dalam timbunan runtuhan selepas beberapa jam usaha mencari dan menyelamat dijalankan.

Adik kepada kanak-kanak itu ditemui selamat dan tanpa sebarang luka.

Nenek kepada kanak-kanak itu, Anglela Cafini, berkata cucunya yang berusia lapan tahun itu mati ketika menyelamatkan adiknya.

Cafini

"Giulia mati ketika menyelamatkan adik perempuannya. Dia bersandar di atasnya. Itu satu-satunya sebab adiknya masih hidup. Saya diberitahu yang adik Giulia dijumpai tanpa sebarang kesan luka dan ini semua kerana pengorbanan Giulia

"Mereka dijumpai beberapa jam selepas gempa melanda. Seorang masih hidup manakala seorang lagi sudah tiada. Giulia menggunakan badannya untuk melindungi adik kecilnya dan itu sebab mengapa dia tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Ianya satu keajaiban dia masih hidup. Tapi saya sangat sedih. Saya kehilangan seorang cucu dan seorang lagi masih hidup

Gempa itu mengorbankan 241 orang setakat ini namun pihak berkuasa menjangkakan angka korban meningkat kepada lebih 300. - Siakapkeli.my

Sumber : Dailymail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli