Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Farmasi di Kota Bharu Didenda Pamer Poster Model Wanita Tidak Tutup Aurat



KOTA BHARU, 10 Ogos: Sebuah farmasi di sini didenda kerana mempamerkan satu poster iklan yang menunjukkan seorang model wanita yang tidak menutup aurat.

Seorang pekerja di farmasi terbabit, yang enggan namanya disiarkan berkata, pegawai penguatkuasa dari Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) telah datang ke farmasi di sebuah pasaraya di sini pada 26 Julai lalu danmengeluarkan saman kepada pihak pengurusan kerana mempamerkan poster itu.

"Saya diberitahu bahawa pengurus perlu membayar RM150 bagi kesalahan itu," kata pekerja itu, sambil menambah poster itu hanya diletakkan baru-baru ini.

Sementara itu, Yang Dipertua MPKB Zamri Ismail mengesahkan saman itu telah dikeluarkan terhadap farmasi itu dan pihak majlis amat serius dalam memastikan peniaga mematuhi kod berhubung pameran poster.

"Saya tak faham mengapa peniaga tidak boleh mematuhi syarat yang ditetapkan terhadap permit dan premis perniagaan mereka.

"Kami akan terus memantau keadaan dan tidak akan berkompromi dengan mereka yang melanggar undang-undang ini," katanya.

Sumber : mStar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli