Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Empat Pelajar Ditahan Selepas Dipercayai Rogol Pelajar Tingkatan Satu

Foto Hiasan

Batu Pahat, 17 Ogos: Empat pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di sini ditahan polis semalam selepas dipercayai merogol seorang pelajar tingkatan satu sekolah yang sama sejak April lalu.

Dalam serbuan jam 1 pagi itu, empat suspek yang berusia antara 13 - 15 tahun itu ditahan di kediaman mereka di kawasan Sungai Buloh, Senggarang, selepas tidak hadir ke sekolah sejak beberapa hari lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa, perkara itu disedari selepas seorang guru sekolah tersebut memberitahu ibu mangsa bahawa anaknya mungkin menjadi mangsa rogol.

"Hasil pemeriksaan hospital mendapati terdapat kesan koyakan pada kemaluan mangsa disebabkan hubungan seks sebelum mangsa akhirnya mengaku melakukan perbuatan itu dengan lima lelaki yang juga rakan sekolahnya sejak April lalu.

"Mangsa juga menyatakan pernah melakukan hubungan seks sebanyak tiga kali dengan rakan sekelasnya di tempat rehat tasik di Taman Evergreen Heights dan di pondok kosong di Sungai Suloh, bulan lalu," katanya.

Polis berjaya mengesan dan menahan empat suspek manakal seorang lagi suspek sedang dikesan.

"Keempat-empat suspek ditahan reman seminggu mulai semalam dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya.

Sumber : Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli