Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dijemput Tuhan Ketika Sedang Solat Jenazah



Tasek Gelugor, 14 Ogos: Bekas imam di Masjid Jamek Permatang Binjai di sini tidak sempat menghabiskan solat jenazah seorang pemuda 23 tahun apabila dia rebah pada takbir keempat sebelum disahkan meninggal dunia dalam kejadian jam 10 pagi tadi.

Ahmad Bidin, 78, sebelum itu menguruskan jenazah seorang pemuda tersebut yang meninggal dunia selepas koma selama tiga bulan akibat kemalangan jalan raya.

Ketika takbir pertama solat jenazah, warga emas itu hampir rebah tetapi sempat di pegang jemaah lain yang menasihatinya agar berehat.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Permatang Binjai, Ahmad Fuad Saad, ketika hendak mengangkat takbir pertama, arwah hampir rebah tetapi sempat dipegang jemaah di belakang.

"Saya nasihatkannya agar berehat kerana beranggapan dia kurang sihat, namun arwah tetap meneruskan solat jenazah," katanya di sini.

Namun, ketika hendak mengangkat takbir keempat, arwah rebah sekali lagi sebelum tidak sedarkan diri.

"Saya yang berada di sebelahnya tidak sempat memberi salam dan cuba membantunya yang ketika itu kelihatan sukar bernafas sebelum dibantu jemaah lain.

"Bagaimanapun, arwah menghembuskan nafas terakhir tidak lama kemudian," katanya.

Sumber : Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli