Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Dia Ingat Kami Bercinta Ke?' - Kata Datuk Lee Chong Wei Mengulas Surat Viral Kononnya Antara Dia & Lin Dan


Sepang, 24 Ogos: "Itu wartawan China yang tulis. Dia ingat kami bercinta ke?", kata Datuk Lee Chong Wei ketika mengulas mengenai satu surat terbuka yang kononnya ditulis oleh pemain badminton China, Lin Dan untuknya.

Chong Wei mengesahkan tidak menerima sebarang surat dari Lin Dan sekaligus mengesahkan surat itu hanya khabar angin.

Surat yang viral di media sosial itu dikatakan merupakan luahan hati musuh tradisi Chong Wei, Lin Dan sebaik dia twas di separuh akhir badminton perseorangan lelaki di Sukan Olimpik Rio 2016.

Dalam surat yang kononnya diutuskan oleh Lin Dan mengisahkan sepanjang perjalanan mereka berdua di gelanggang badminton.

Antara ayat yang terkandung dalam surat berkenaan ialah Lin Dan mengucapkan terima kasih kepada Chong Wei.

"Ribuan terima kasih kerana disebabkan kamu, kita diiktiraf seperti juara yang lain sebagai pesaing yang hebat, ‘Lee-Lin’. Kita seperti Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi di mana persaingan kita ini tiada kesudahannya."

Sumber : Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli