Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Dia Bersalah Dia Akan Dihukum, Saya Merayu Jangan Libatkan Anak Saya Yang Tak Berdosa," Rayu Isteri Suspek


Sejak beberapa hari lalu negara dikejutkan dengan sebuah kes pembunuhan kejam di mana melibatkan seorang kanak-kanak berumur 10 tahun yang dipercayai dibunuh dan dicampak kedalam gaung.

Mangsa sebelum itu dilaporkan hilang dipercayai diculik, bagaimanapun hasil siasatan lanjut pihak polis, telah berjaya mengesan suspek dan suspek telah menunjukkan lokasi adik Edrus berada.

Suspek dikatakan mempunyai ikatan kekeluargaan dengan keluarga Edrus, kini gambar suspek telah beredar di laman sosial.

Namun sedikit berita yang tidak mengembirakan, ada segelintir netizen telah menyebarkan gambar anak suspek sehingga menimbulkan kerisauan isteri suspek di mana dia dan anaknya itu dicemuh walaupun mereka tidak bersalah atau terlibat.

Oleh itu beliau telah membuat satu luahan meminta orang ramai supaya memadam gambar anaknya itu kerana anaknya tidak berdosa dan dia amat menyanyangi Edrus.

Jom kita baca luahan hati beliau.

“Assalamualaikum..terima kasih pada yang memberi sokongan mahupun MENGHINA saya. Terima kasih… saya tak mintak semua ni terjadi… bayangkan diri awak sendri dalam situasi saya… antara adik kesayangan saya… dan suspek suami sendiri.

“Saya kehilangan adik… sedih tak habis tambah pula tahu ini angkara suami.(belum dijatuhkan hukuman bersalah)

“Tambah pula netizen mengkritik saya termasuk anak saya yang tak berdosa… dia bersalah dia akan dihukum… balasan dia tetap ada,”

"Saya masih tidak .deactive' Facebook kerana hendak pastikan sesiapa yang sebar gambar anak saya... tolonglah padam..janganlah terus menghina, itu sahaja saya minta.. Al Fatihah  untuk adik kesayangan akak.. akan sayang adik.. tempat adik di syurga..tunggu akak, mak, adik, ayah." tulis beliau yang namanya kami rahsiakan.

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 1 ulasan )
  1. apala manusia ni, yg lain buat hal kenapa perlu libatkan org lain yg xbersalah? bodoh sungguh!! negara sahaja merdeka selama 59tahun tapi akal pemikiran masih ditahap 0, malula sikit org yg xbersalah tu perlu teruskan hidup knp perlu menjatuhkan hukum sehingga anak kecil yg xtahu apa2 pun terlibat sama..

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli