Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Dengan Hanya Bayaran RM80, Brader Ini Cuci Kusyen Kereta Aku Macam Baru Beli Kat Kedai" - Mufarwa Farid


Dalam bidang perniagaan, jika perkhidmatan yang diberikan baik, sudah pasti ianya akan dihargai, dicari lagi dan diwar-warkan.

Yang pasti orang yang berusaha gigih dan ikhlas menjalankan kerja, maka balasan yang setimpal pasti diperolehinya, ini kerana rezeki bagi mereka yang berusaha itu terbuka luas, Allah memandang mulia orang yang berusaha atau berkerja mencari rezeki dengan titik peluh sendiri.

Dikongsikan oleh seorang lelaki bernama Mufarwa Farid di mana beliau telah mendapatkan perkhidmatan membersih kusyen keretanya yang sudah agak teruk dan kotor, dia telah menghubungi seorang lelaki ini untuk membersihkan keretanya itu, ternyata hasil yang dia dapat amat menakjubkan.

Jom kita baca perkongsian beliau.


Hari itu aku call sorang brader ni. Dia buat servis bersihkan kusyen kereta. Aku mintak dia datang ke rumah aku kat Seremban 2 untok bersihkan Myvi aku yang dah 9 tahun ni.

Pukul 7.30 pagi dia sampai rumah bersama isteri. Kemudian, dia keluarkan segala vakum, dipasangkan pada suis luar rumah, letak air dalam satu baldi, kemudian cuci.

Kau bayangkan, kusyen kereta aku yang warna kuning selama hari ni, dia buat jadi bersih gila. Ada satu kotoran chewing gum kat tempat duduk penumpang depan, hilang macam tak pernah ada apa-apa sebelum ni.


Aku masuk kereta pagi tadi macam masuk kereta beli dari kedai. Memang mantop lah. Diorang siap vakum lantai kereta sampai hilang dah pasir-pasir kat celahan kereta.

Servis mantop, orangnya pun mantop. Brader ni jenis brader baik-baik. Tengok janggut pun tahu, jenis orang pergi surau dia ni.

Dua jam dia buat kereta aku jadi cantik. Takda merungut, takda pun nak bising-bising komplen kereta aku ni kotor macam haram.


Kesemuanya kos kereta Myvi macam aku ni, RM80.00 sahaja. Bagi aku, kos ni sangat berpatutan memandangkan diorang buat kerja sampai 2 jam, dan kotoran degil memang betul-betul hilang.

Mereka berdua boleh pergi area Seremban dan Senawang, Negeri Sembilan. Tempat lain, boleh setting dengan dia. Dia akan datang ke rumah kau atau setting jumpa mana-mana, asalkan ada plag elektrik dan paip air.

Boleh call brader ni, +6017-3922516 (Ferdaus, Tukang Cuci Kusyen Kereta NS) untok tempahan perkhidmatan.

- Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli