Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Denda RM 300 Jika Merokok di Luar Bulatan Kuning



GEORGE TOWN, 2 Ogos: Jika anda ingin merokok di zon larangan dalam tapak warisan, sila cari bulatan kuning beserta dengan papan tanda 'zon merokok' atau tidak, anda akan dikenakan denda RM 300.

Sehingga kini, terdapat 30 lokasi yang diwujudkan khas untuk perokok dalam tapak warisan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh, langkah itu diambil supaya orang ramai tidak terdedah dengan asap rokok di tapak warisan kerana kedegilan perokok.

"Oleh kerana sesetengah perokok tetap mahu merokok dan kami tidak mahu mengeluarkan denda sepanjang masa, kami mencipta sudut-sudut merokok bagi mereka.

"Anda mempunyai hak untuk merokok, tetapi anda tidak mempunyai hak untuk mencemarkan udara dan mendedahkan orang tersayang dan rakan-rakan dengan asap rokok," kata beliau.

Penguatkuasaan undang-undang larangan merokok di seluruh tapak warisan dunia di sini telah beroperasi sejak 1 Januari lalu kecuali di kawasan rumah-rumah persendirian.

Walaupun sudut merokok adalah biasa di lapangan terbang dan hotel, George Town dipercayai menjadi satu-satunya daerah tidak boleh merokok di Malaysia dengan pengenalan sudut khas untuk perokok.

Sudut-sudut itu tidak berbumbung supaya asap akan menghilang dengan cepat.

Anda juga perlu membawa bekas abu rokok mudah alih sendiri.

"Tiada siapa yang akan membuang puntung rokok anda untuk anda. Simpan puntung rokok sehingga anda menemui tong sampah," kata Phee. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli