Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Cuba Kamu Suapkan Isteri Dan Anak Kamu Makan, InsyaAllah Rezeki Akan Datang Mencurah-Curah,"

No Comment
Gambar Hiasan

Kebahagiaan rumah tangga sering dianggap terletak pada pendapatan dan kesenangan sesebuah keluarga atau individu kerana ada berkata zaman sekarang semua benda nak dilakukan perlukan duit.

Jadi ramai manusia berlumba-lumba mencari harga demi kesenangan dunia, memang diakui ianya penting tetapi perlulah diseimbangkan dengan akhirat dan tanggungjawab kepada keluarga.

Jika keluarga terabai walaupun banyak duit tidak berguna juga, ini kerana didikan kepada isteri dan anak-anak perlu dijaga supaya mereka tidak terabai.

Ada orang kerja berhempas pulas mencari duit tetapi tidak pernah cukup dan tidak tenang, ini kerana keberkatan dalam hidup perlu dicari, ada orang gaji kecil tetapi dilihat mereka tetap bahagia dan berjaya menanggung anak yang ramai.

Mengenai kisah ini, Ustaz Ebit Lew telah menulis satu artikel yang amat menarik untuk dikongsikan kepada semua, jom kita baca.


Semasa ke hospital semalam datang seorang lelaki yang baik ajak saya duduk berbual kerana ada masalah. Dia bercerita hidup keluarganya yang sempit sangat dan tak tenteram. Asyik bergaduh dan rasa sakit jiwa. Katanya lagi, saya dah usaha macam-macam cara dah. Tak tahu nak buat macam mana dah. 

Saya tanya abang makan ada suapkan makanan dalam mulut isteri tak? Tak pernah ustaz..
Abang pernah suapkan makanan dalam mulut anak-anak tak? Tak pernah lagi..

Orang dulu-dulu takler kaya sangat tapi keluarga penuh kasih sayang. Rezeki cukup jer. Rasa tenang dan berkat. Sebab janji Allah dengan menghargai keluarga rezeki bertambah..sempat makan bersama-sama. Sekarang banyak keluarga makan sekali dah takde. Makan masih buka hp dan tv. Ya Allah..

Bila isteri makan dari tangan kita. Terasa bahagia sangat. Bila kita buat kerana cinta kerana Allah. Walau cuma beberapa suap. Terasa nikmat. Buat pula tergigit jari sikit. Hehe..sunnah berjemaah. Juga makan satu bekas yang sama. Sekarang 1 dulang rumah saya kami makan berlima.

Kadang-kadang anak pula berebut nak suap mak dan ayahnya sekali sekala. Cuba abang amalkan.
Orang yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. Kasihilah keluarga. Lihatlah bagaimana rezeki mencurah-curah.

Baik ustaz. Saya nampak itulah jalan yang saya tak pernah fikir. Rezeki datang bila kita berkasih sayang. Menghargai keluarga...

Bila isteri suapkan saya. Terasa best sangat nikmat. Ya Allah inilah nikmat dunia ini. Ya Allah berilah kami dapat terus menikmatinya dan bersama dalam syurga - ebit lew

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli