Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bukan Senang Untuk Berjaya, Dhabitah Kongsi Gambar Latihan Keras Yang Dilaluinya Dan Rakan-Rakan


Nama Nur Dhabitah Sabri,17, kini semakin mula dikenali ramai selepas beliau telah berjaya ke peringkat akhir dalam acara terjun Olimpik Rio baru-baru ini.

Dalam pertandingan akhir itu beliau telah berjaya menduduki tempat ketujuh dikalangan penerjun terbaik dunia di mana ia adalah memori indah yang tidak dapat dilupakannya.

Namun untuk mencapai tahap ini bukanlah sesuatu yang mudah, beliau melalui laman Facebooknya telah berkongsikan sekeping gambar menunjukkan dia dan rakan-rakan penerjun yang lain perlu melalui latihan keras untuk mengejar sesuatu kejuaraan.


“Macam inilah bagaimana pasukan terjun Malaysia berlatih. Seperti yang saya katakan sebelum ini, sangat sukar untuk berlatih dan menjadi atlet bertaraf dunia. Kerana itu, saya sangat menghargai segala sokongan dan galakan yang telah diberi anda. Tolong jangan berhenti memberi sokongan dan tolong jangan mula membenci saya. Saya mencuba sebaik mungkin untuk menjadi yang terbaik.” tulisnya di laman Facebook bersama gambar berkenaan.

Gambar berkenaan menunjukkan tubuh mereka akan ditindih dan kaki perlu dikangkang luas bagi mendapatkan aksi terjunan terbaik.- Siakapkeli.my

Sumber: Nur Dhabitah Sabri
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli