Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bekas Mufti Besar Mesir Terselamat Cubaan Bunuh Ketika Mahu Memasuki Masjid, Tetap Teruskan Khutbah & Imamkan Solat Jumaat


Mesir, 5 Ogos - Bekas Mufti Besar Mesir, Ali Gomaa, terselamat dalam satu cubaan bunuh pada Jumaat, lapor stesen televisyen tempatan.

Dalam kejadian itu, difahamkan empat lelaki bersenjata melepaskan beberapa das tembakan kearah Gomaa ketika beliau memasuki sebuah masjid. Bagaimanapun Gomaa terselamat dan salah seorang pengawalnya mengalami kecederaan kecil di kaki. Dua lelaki itu kemudian melarikan diri.

"Jika Ali Gomaa mati, akan ada berjuta-juta orang yang akan menggantikan tempatnya", kata Gomaa kepada stesen televisyen selepas berita itu tersebar.

"Saya memberi khutbah sejurus selepas saya terselamat", kata Gomaa.

Menurut sumber, Menteri dalam Negeri, Magdy Abdel-Ghaffar, telah menubuhkan satu pasukan besar untuk mengenalpasti penembak yang cuba membunuh Gomaa.

Menceritakan kejadian, Gomaa berkata empat lelaki itu telah melepaskan tembakan kearahnya ketika dia menghampiri sebuah masjid di Cairo, untuk menjadi imam di untuk solat Jumaat.

Ketika kejadian, keempat-empat lelaki itu sedang bersembunyi di dalam semak samun sebelum melepaskan tembakan.

"Saya berlindung di belakang dinding masjid," katanya.

Difahamkan juga, serangan itu menyebabkan pengawal Gomaa berbalas tembakan dengan penyerang itu yang kemudian melarikan diri dari tempat kejadian.

Gomaa berkata, biarpun baru sahaja lepas diserang, dia tetap mahu meneruskan khutbah jumaat dan mengimamkan solat Jumaat.

"Ini adalah satu mesej (kepada pengganas itu) yang saya tidak pernah goyah biarpun diserang", katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli