Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Auntie, You Tak Malu Ke Ambil Gula, Krimer Dengan Stirrer Tu Banyak-Banyak"


Adalah menjadi kebiasaan kita pergi ke restoran makanan segera di mana kebanyakkan mereka menyediakan pelbagai penambah makanan segera berbentuk paket-paket kecil seperti krimer kopi, gula, cili flakes dan lain-lain termasuk sudu kecil plastik untuk tujuan mengacau minuman.

Ternyata, ianya boleh diambil secara percuma selepas pembayaran untuk minuman atau makanan diambil.

Namun, kerana ianya 'sudah dibayar' ada antara kita mengambil barang-barang berkenaan secara berlebihan untuk di bawa balik ke rumah sedangkan ia adalah untuk kegunaan ramai.

Dikongsikan oleh seorang wanita bernama Cikgu Azmira Amran di mana beliau menceritakan ragam rakyat Malaysia yang berperangan sedemikian, ianya berlaku di depan matanya menyebabkan dia bertindak menegur orang bersikap sedemikian.

Jom kita baca.


So tadi kami pergi lah IKEA Cheras sebab nak beli barang untuk rumah baru.
Lepas beli barang kami pun teringin nak makan aiskrim so kitorang pun beli la aiskrim. A bit terkejut kat situ sebab kena pakai token.

Tapi bila mengenangkan orang Malaysia yang ada budaya suka ambil lebih² "sebab dah bayar", rasa macam bagus juga la ada token tu.

Tapi still rasa kecewa la sebab mentaliti tu.

Pastu sambil² makan aiskrim, datang dua aunties pergi songlap paket² gula, krimer dengan kayu pengacau kopi. Sekali ambil segenggam terus.

Kami pandang je.

Sekali.

Dua kali.

Orang IKEA refill lagi peket² kat situ.

Kali ketiga. Tapi dia perasan kami dah jeling² tajam. So dia ambil sepeket je lagi gula. Kami pandang je diorang berdua sambil diorang minum kopi tu. Dua² dah tak senang duduk sebab perasan kitorang pandang diorang tak kelip² mata.

Paling tak boleh blah, aunties tu suruh ada budak² sekolah kat situ curi kan kayu pengacau kopi tu untuk dia.

Time tu acik dah paneh. Nak molotup palo acik tgk budak² tu ambik segenggam kayu² pengacau tu.
Maka, Azmira pun buat la seperti apa yang cikgu Azmira selalu buat. Dengan suara cikgu yg kuat ni, saya pun pergi kat meja dia:

"Auntie, you tak malu ke ambil gula, krimer dengan stirrer tu banyak²? You ambil ulang² sampai tiga kali, banyak pulak tu? Habis tu orang nak minum kopi nak pakai apa?!"

Terkujat makcik tu, mula² dia jeling tapi stay kat meja dia. Pastu bila ramai dah pandang², dia terus blah

Tapi budak² sekolah yg telah diarahkan untuk mencuri bagi pihak dia tu tetap pergi ambil segenggam lagi kayu pengacau tu.

"Adik, kau jangan nak ambil banyak² untuk auntie tu. Ni nama dia mencuri!"

Budak² sekolah tu tersipu-sipu pastu terus blah jugak.

So pengajaran kat sini. Kalau pun dah bayar duit kopi tu, bukan bermaksud boleh ambil 80 paket gula bawa balik.

Kata marah kalau orang curi duit rakyat. Tapi diri sendiri curi hak orang lain takpe pulak?
Jangan sampai ambil paket gula pun kena pakai token nanti.

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 1 ulasan )
  1. nowadays really hard to believe story that posted on the portal. Many of them not reliable source. If this is a true event. Hopefully there will be good ending for both of them. arigato gozaimashita

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli