Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lebih 30 Orang Artis & Blogger Terkenal Tanah Air Sedang Gegarkan Jualan & Lelongan Amal NBOS PICC

No Comment


Selalu apabila disebut artis sudah pasti orang ramai hanya akan terfikirkan hiburan semata-mata selain gosip-gosip di media, namun kami ini beberapa artis terkenal Malaysia termasuk blogger-blogger terkenal akan berkumpul di Pusat Kovensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sempena National Blue Ocean Stratergi (NBOS) 2016.

Mereka akan berkumpul dibawah naungan bazar Roopawan.com akan mengadakan pelbagai aktiviti amal iaitu majlis lelongan barangan berjenama milik peribadi mereka.


Antaranya ialah Siti Nordiana yang akan mengadakan jualan lelongan beg tangan berjenama Kate Spade, One Nation Emcee akan melelong kasut air jordan dan minyak wangi berjenama, Bunkface akan melelong produk berjenama Celebriducks dan pelbagai lagi yang dilakukan di pentas utama.





Artis-artis seperti Rozita Che Wan, Erra Fazira, Zain Saidin dan ramai lagi akan membuka vendor peniagaan milik mereka pada hari berkenaan.(Rujuk poster dibawah)


Apa itu NBOS ?

NBOS ialah singkatan National Blue Ocean Stratergi atau dalam bahasa Malaysianya Stratergi Lautan Biru Kebangsaan yang telah ditubuhkan sejak tahun 2009 lagi. Ia telah dibangunkan oleh W. Chan Kim dan Renée Mauborgne, Blue Ocean Strategy adalah cara berfikir yang baru, yang strategik pemikiran baru, jalan baru yang berani untuk memenangi masa depan.

Hari Terbuka NBOS 2016 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bakal di rasmikan oleh YAB Perdana Menteri pada 16 Ogos 2016 (Selasa). Antara aktiviti dan juga program yang bakal berlangsung adalah Pengundian Awam atau Cabutan Undi PR1MA (Perumahan Rakyat 1 Malaysia) yang telah  berlangsung pada 14 Ogos 2016 (Ahad). Selain itu cabutan bertuah turut di adakan buat para pengunjung NBOS.

Ramai artis-artis hebat akan turut menjayakan majlis ini dan antara mereka yang akan menghiburkan anda ialah Dayang Nurfaizah, Siti Nordiana, Bunkface, Aizat Amdan, Sandra , Caliph Busker, Ronnie Hussein, Drama Band, Ippo Hafiz, 6ixth Sense,  Sakura Band, Tasha Mashahar, Aman Nassim, Zarul, Mark Adam, ENcik Mimpi, Haiza, Sarah Fazny, Sheila Abdul, Putera Mentor Legend, Ewal AF, Zarif AF, Sazrin dan Aina Abdul.


Jadi, jomlah beramai-ramai menyertai majlis ini di mana ada berpeluang berjumpa dengan selebtiri yang anda minat lebih dekat malahan dapat melihat bagaimana mereka ini berniaga.


Info Lanjut
Website : https://www.blueoceanstrategy.com
Facebook : https://www.facebook.com/BlueOceanStrategy1
Twitter : https://twitter.com/BlueOceanStrtgy
Youtube : https://www.youtube.com/c/blueoceanstrategy
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli