Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ambulans Bawa Bayi Berusia 8 Hari Terbalik Dilanggar Kereta


Kuantan, 29 Ogos: Sebuah ambulans yang membawa bayi berusia 8 hari terbalik selepas dilanggar di lampu isyarat simpang MEC Jalan Gambang di sini.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, bayi tersebut yang masih belum mempunyai pengenalan diri tidak mengalami kecederaan.

Pemandu ambulans terbabit, Salahuddin Saleh, 40, juga tidak mengalami kecederaan manakala jururawat klinik kesihatan Gambang, Hafizah Omar, 35, mengalami lebam di dahi dan pinggang.

Harian Metro melaporkan, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Mohd Nor Yusof Ali berkata, siasatan awal mendapati ambulans yang dipandu Salahuddin yang dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini sudah pun memberi isyarat kecemasan ketika tiba di lampu isyarat simpang MEC.

"Pada masa sama, kereta dipandu seorang lelaki dari FELDA Chini, Pekan dari arah Plaza Tol Gambang menghala ke Jalan Kuantan-Segamat melanggar bahagian kiri ambulans itu," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, akibat perlanggaran itu, ambulans berkenaan terbalik di kanan jalan manakala semua mangsa termasuk bayi itu dibantu orang awam dikejarkan ke HTAA untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli