Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Adakah Ini Resepi Rahsia KFC? Anak Saudara Colonel Sander Secara Tidak Sengaja Dedah Satu Kandungan Resepi Ayam Goreng


Setiap kali makan ayam KFC, sudah tentu kita akan menjilat jari. Tapi apakah resepi rahsia yang menjadikan ayam KFC begitu sedap?

Anak saudara kepada Kolenal Sander baru-baru ini secara tidak sengaja mendedahkan satu resepi ayamg goreng.

Joe Ledington menunjukkan resepi bertulis tangan tersebut kepada jurnalis Chicago Tribune, berserta dengan sukatannya sekali.

"Inilah 11 herba dan rempah original yang sepatutnya menjadi rahsia", kata Ledington, 67.

Resepi bertulis itu diambil dari sebuah buku skrap kepunyaan makcik Ledington, yang juga isteri kedua Colonel Sander.

Kandungan resepi itu termasuklah Thyme, selasih, paprika, halia - dan yang paling penting? lada sulah.

"Saya panggil itu (lada sulah) sebagai kandungan rahsia. Tiada siapa (pada tahun 50-an) tahun apa itu lada putih. Tiada siapa yang tahu bagaimana nak menggunakannya", kata Ledington.

Namun, Ledington kemudiannya mendakwa dia tidak pernah menunjukkan resepi itu kepada wartawan dan KFC berkata resepi itu bukanlah resepi sebenar.

Dalam satu kenyataan kepada New York Times, KFC berkata : "Ramai orang yang membuat dakwaan resepi rahsia sebelum ini dan tak pernah seorang pun yang tepat - yang ini pun sama".

Tapi, jika anda ingin mencuba, ini resepinya.

11 herba, dicampur dengan 2 cawan tepung putih

2/3 sudu garam
1/2 sudu thyme
1/2 sudu selasih
1/3 sudu oregano
1 sudu garam saderi
1 sudu lada hitam
1 sudu mustard kering
4 sudu paprika
2 sudu garam bawang putih
1 sudu serbuk halia
3 sudu lada sulah.



Sumber : Mirror
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 1 ulasan )
  1. Baru baru ni saya ada mula minum horlicks. Rasa biasa2 jer. Taklah sedap sangat pun, tapi bila habis and nak buang paket saya ternampak list nutrient dia. Macam hebat, banyak gila benda ada. Vitamin mineral macam2.

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli