Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Abang Kepada Omran Daqnish Disahkan Meninggal Dunia


Abang kepada Omran Daqnish, 5, disahkan telah meninggal dunia ketika dirawat di sebuah hospital di Syria semalam, lapor Telegraph.

Ali Daqneesh, 10, mengalami kecederaan teruk selepas rumah mereka dipercayai telah disasarkan dalam serangan udara ke sebuah bangunan di Aleppo, Syria pada Rabu.

(Video) Krisis Syria : Video Menyayat Hati Kanak-Kanak Aleppo Kesat Kepala Berdarah Jadi Viral, Cetus Kemarahan

Dalam serangan itu, seluruh keluarga Omran dilaporkan selamat tetapi ada yang mengalami kecederaan parah akibat ditimpa runtuhan bagunan dan dibawa keluar oleh pasukan penyelamat sukarelawan sebelum dihantar ke hospital.

Menurut aktivis Aleppo, penduduk tempatan telah ebrkumpul di rumah keluarga ini sebagai tanda berkabung dengan berita kematian kanak-kanak itu.


Kerana perkembangan terbaru ini, beberapa kempen Solidariti Syria yang berpangkalan di United Kingdom (UK), telah menggesa masyarakat supaya melancarkan bantahan jenayah perang terhadap negara bergolak itu.

Menceritakan detik-detik cemas semasa serangan berlaku, Abu Ali yang merupakan bapa kepada kedua-dua beradik ini berkata, serangan berlaku ketika anak sulungnya itu sedang bermain di luar rumahnnya bersama rakan yang lain sementara dia dan Omran berada di dalam rumah ketika kejadian.

“Ia amat menyakitkan bagi saya apabila melihat anak-anak cedera dan berada dalam runtuhan bangunan di depan mata saya,” katanya.

Berdasarkan rekod yang dikeluarkan Badan Pemantau Hak Asasi Manusia di Syria menganggarkan setakat Ogos sahaja, seramai 142 kanak-kanak telah terkorban.

Manakala 50,000 kanak-kanak lagi dipercayai terbunuh dalam tempoh lima tahun sejak negara itu menjadi medan perang antara regim Bashar Al-Assad dengan kumpulan pemberontak. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli